PENGIKTIRAFAN PAKAR DALAM SAINS TANAH TROPIKA BERMULA DI SINI

PROGRAM MASTER SAINS TANAH TROPIKA

Secara kerja kursus

2 Tahun | 4 Semester | 42 Jam Kredit

Sinopsis Program Master Sains Tanah Tropika (MSTT)

Sains & pengurusan tanah tropika

Tanah tropika, seperti di Malaysia, merupakan tanah yang amat terluluhawa, mempunyai ketidakseimbangan nutrien, dan sering terhakis akibat taburan hujan tinggi.

Justeru itu, negara-negara yang mempunyai tanah tropika memerlukan tenaga kerja yang berkepakaran tinggi dalam pengurusan tanah tropika secara lestari supaya kesuburan tanah dapat dilindungi, dikekalkan dan dipertingkatkan untuk mendapatkan hasil tanaman yang tinggi dan secara lestari.

Memberi tumpuan kepada aspek ekonomi

Program Master Sains Tanah Tropika dirangka khusus dengan penumpuan kepada aspek-aspek kimia, biologi, fizik dan kesuburan tanah tropika, serta kepada kaedah-kaedah pemuliharaan, survei dan pengelasan tanah tropika.

Penekanan juga turut diberikan kepada aspek-aspek ekonomi sumber, pertanian persis dan bioteknologi pertanian.

Pembangunan kerjaya sepanjang hayat

Matlamat program Master Sains Tanah Tropika adalah untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan mendalam dan berkemahiran tinggi dalam bidang sains tanah tropika lestari yang menekan kepada aspek persekitaran, sosio-budaya dan ekonomi.

Graduan juga akan berkecekapan tinggi dalam pengurusan dan penyelidikan tanah dan boleh mengaplikasikan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan kerjaya mereka, samada dalam sektor awam atau swasta.

Syarat Kemasukkan

1

Mereka yang mempunyai pengalaman bekerja

Bagi graduan yang mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun, mereka perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.25.
2

Mereka yang baru tamat pengajian

Bagi graduan yang baru menamatkan pengajian, mereka perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00.
3

Kelayakan bahasa Inggeris

Bagi pelajar luar negara yang bergraduat dari universiti yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Inggeris, mereka perlu lulus tahap kelayakan Bahasa Inggeris seperti yang telah ditetapkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah UPM.
4

Syarat lain oleh UPM

Mengikut syarat am dan khusus yang telah ditetapkan oleh Senat UPM.

Struktur Program

Bagaimanakah program ini akan dijalankan?

Kursus akan dijalankan secara konvensional (kuliah dalam kelas, tutorial, sesi amali di makmal).

Lawatan lapangan akan dibuat ke tapak sekitar Malaysia dan negara jiran untuk mempelajari pelbagai jenis tanah dan pengurusannya.

Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantar untuk semua kursus.

Semester Pertama

Ekonomi Dan Dasar Pembangunan Pertanian (EPT5501, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi pelbagai teori ekonomi dan dasar pembangunan sektor pertanian dan pengalaman negara-negara membangun seperti Malaysia. Pembangunan sektor pertanian di negara maju dan isu semasa berkaitan pembangunan dan pembentukan dasar sektor pertanian dibincangkan.

Kaedah Penyelidikan Dan Statistik Dalam Sains Tanah (SST5100, 3 Kredit)

Kursus ini meliputi kaedah penyelidikan dan penggunaan statistik dalam bidang sains tanah. Turut dirangkumi adalah penyediaan cadangan penyelidikan, kaedah persampelan, rekabentuk eksperimen, analisis dan tafsiran data statistik dan penggunaan persian statistik.

Survei Dan Penilaian Tanah (SST5203, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi sifat tanah asas untuk pemerihalan profil tanah, kaedah survei dan kegunaan GIS, penyediaan peta tanah, pengelasan jenis tanah, prinsip dan prosidur penilaian tanah untuk pertanian, hutan, kejuruteraan dan pembangunan kawasan rekreasi.

Kesuburan Tanah Tropika (SST5605, 3 Kredit)

Kursus menumpukan kepada kesuburan tanah tropika untuk pengeluaran tanaman dan pengurusan tanah untuk mencapai pertanian lestari. Tumpuan juga diberi terhadap kaedah penilaian kesuburan tanah dan pengunaan baja di tanah tropika.

Semester Kedua

Pedologi Tropika (SST5202, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi sifat, faktor dan proses pembentukan tanah, sistem pengkelasan, pengurusan dan pemuliharaan tanah di kawasan tropika.

Pemuliharaan Tanah Dan Air (SST5301, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi aspek pengurusan, perundangan dan ekonomi pemuliharaan tanah. Pemuliharaan biodiversiti, bencana alam dan perubahan iklim dibincangkan.

Pengujian Tanah Dan Analisis Tumbuhan (SST5403, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi kaedah analisis tanah dan tumbuhan, kegunaan larutan piawai, cara persampelan, analisis dan interpretasi data untuk pengesyoran pembajaan tanaman tahunan dan tanaman perladangan.

Semester Ketiga

Interaksi Tanah- Tumbuhan- Mikrob (SST5501, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi ciri biologi dan proses biokimia terlibat dalam interaksi tanah-tumbuhan-mikrob, pertalian secara simbiotik dan tak-simbiotik,2pengikatan N2 secara biologi, simbiosis mikoriza, patogen tanaman dan kawalan biologi, dan pengaruh interaksi terhadap kesuburan tanah, bioremediasi dan pengurusan alam sekitar.

Projek Tanah Tropika (SST5902, 3 Kredit)

Kursus ini meliputi penilaian kritis bahan bertulis, pengumpulan data dan analisis, penafsiran keputusan, perbincangan dan kesimpulan penyelidikan projek dalam bidang pengelasan, kesuburan, kimia, fizik, biologi, pemalaan dan pencemaran tanah tropika.

Semester Keempat

Projek Tanah Tropika (SST5902, 3 Kredit)

Kursus ini meliputi penilaian kritis bahan bertulis, pengumpulan data dan analisis, penafsiran keputusan, perbincangan dan kesimpulan penyelidikan projek dalam bidang pengelasan, kesuburan, kimia, fizik, biologi, pemalaan dan pencemaran tanah tropika.

Kursus Elektif

Pembangunan Pertanian Lestari (PRT5006, 3 Kredit)

Kursus ini menekankan kepada pendekatan secara holistik untuk mengaitkan faktor fungsian agro-ekosistem ke arah pembangunan pertanian lestari. Sumbangan dan impak faktor persekitaran, teknologi, polisi, ekonomi dan sosial, dan penilaian kelestarian pembangunan pertanian dibincangkan.

Dasar Tanah Negara (SST5001, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi dasar dan perundangan tanah di Malaysia dan hubungannya dengan pembangunan tanah. Dasar tanah termasuk pemegangan, pemilikan, kegunaan dan pelupusan tanah dan yang berkaitan dengan perhutanan, pertanian, alam sekitar dan perancangan fizikal dibincangkan.

Klimatologi Pertanian (SST5308, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi ciri komponen makro- dan mikroiklim serta kesan terhadap tumbesaran dan hasil tanaman, kesan aktiviti manusia terhadap iklim dan ramalan kesan perubahan iklim terhadap pertanian.

Mineralogi Dan Kimia Tanah (SST5404, 3 Kredit)

Kursus ini meliputi identifikasi, pembentukan, dan sifat kimia dan fizik pelbagai jenis mineral lempung dan pengaruhnya kepada sifat tanah. Proses kimia dalam tanah yang mempengaruhi kesuburan tanah, kualiti tanah dan alam sekitar juga ditekankan.

Perancangan Dan Pengurusan Guna Tanah (SST5602, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi pelbagai proses pembangunan guna tanah secara lestari, pengurusan pelbagai sistem pembangunan tanah dan kesan penggunaan tanah kepada sosio-ekonomi dan alam sekitar. Isu semasa berkaitan pemuliharaan, perancangan dan pembangunan tanah juga dibincangkan.

Pengurusan Tanah Untuk Tanaman Perladangan (SST5603, 3 Kredit)

Kursus ini meliputi konsep dan prinsip pembukaan tanah untuk tanaman perladangan. Pengurusan pembukaan, pemuliharaan dan kesuburan tanah untuk mencapai pertanian lestari serta kaedah penilaian kegunaan, kesuburan tanah, tanah bermasalah dibincangkan.

Pengurusan Karbon Dalam Tanah Tropika (SST5606, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi kepentingan karbon tanah dalam kitaran karbon, pertanian lestari dan mitigasi perubahan iklim, serta kaedah pengurusan dalam pemuliharaan karbon dalam tanah tropika.

Pemalaan Dan Pencemaran Tanah (SST5801, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi topik kesan perindustrian, urbanisasi dan aktiviti pertanian ke atas pencuraian alam sekitar; penghasilan sisa buangan, rawatan dan pelupusan; peraturan alam sekitar, penilaian risiko dan piawaian kualiti air dan udara; dan pengurusan (rawatan dan penggunaan) sisa buangan.

Aplikasi Agrobioteknologi (TKP5104, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi latar belakang sejarah, kegunaan masa kini dan arah tuju masa hadapan bioteknologi pertanian, dan aplikasi berbagai teknik termasuk teknologi in-vitro, teknologi DNA rekombinan dan kejuruteraan genetik, teknik penanda molekul dan teknologi hijau dalam pembangunan pertanian.

Prinsip Dan Aplikasi Pertanian Persis (TKP5401, 3 Kredit)

Kursus ini merangkumi prinsip asas dan aplikasi teknologi pertanian persis untuk tanaman semusim dan saka terpilih. Impak pertanian persis ke atas ekonomi dan sekitaran ditekankan.

Yuran Pengajian

Yuran termasuk kos untuk lawatan lapangan tempatan dan luar negara.

PELAJAR MALAYSIA

  • Semester Pertama RM8,850
  • Semester Kedua RM8,600
  • Semester Ketiga RM6,725
  • Semester Keempat RM6,725

Lihat Struktur Yuran

Semester Yuran Asas Yuran Kredit Jumlah Yuran
Semester Pertama RM1,350 RM7,500 RM8,850
Semester Kedua RM1,100 RM7,500 RM8,600
Semester Ketiga RM1,100 RM5,625 RM6,725
Semester Keempat RM1,100 RM5,625 RM6,725
Jumlah Yuran RM30,900

Jumlah Yuran

RM30,900

Daftar secara online di laman web Sekolah Pengajian Siswazah

PELAJAR ANTARABANGSA

  • Semester Pertama RM10,800
  • Semester Kedua RM10,550
  • Semester Ketiga RM8,450
  • Semester Keempat RM8,450

Lihat Struktur Yuran

Semester Yuran Asas Yuran Kredit Jumlah Yuran
Semester Pertama RM2,400 RM8,400 RM10,800
Semester Kedua RM2,150 RM8,400 RM10,550
Semester Ketiga RM2,150 RM6,300 RM8,450
Semester Keempat RM2,150 RM6,300 RM8,450
Jumlah Yuran RM38,250

Jumlah Yuran

RM38,250

Daftar secara online di laman web Sekolah Pengajian Siswazah

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi

Kami di sini untuk membantu.

    Prof. Madya Dr. Christopher Teh Boon Sung

    Ketua Jabatan Pengurusan Tanah

    Fakulti Pertanian
    Email: chris@upm.edu.my
    No. Telefon: +603-9769 4925

    Dr. Muhammad Firdaus Sulaiman

    Penyelaras, Program Master Sains Tanah Tropika (MSTT)

    Fakulti Pertanian
    Email: muhdfirdaus@upm.edu.my
    No. Telefon: +603-9769 4121

    Dr. Syaharudin Zaibon

    Jawatankuasa, Program Master Sains Tanah Tropika (MSTT)

    Fakulti Pertanian
    Email: syaharudin@upm.edu.my
    No. Telefon: +603-9769 4867

    Soalan Lazim

    Program ini mengenai apa?

    Ia merupakan program Sarjana secara kursus yang bertujuan untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran dalam bidang sains tanah tropika dan pengurusan tanah tropika.

    Program ini untuk siapa?

    Program ini adalah untuk profesional dalam bidang pertanian, perhutanan, pembangunan tanah dan pemuliharaan yang ingin mengembangkan pengetahuan mereka dan meningkatkan kelayakan mereka. Fresh graduate juga dialu-alukan untuk menyertai.

    Apakah kemuncak program ini?

    Siri lawatan akan dibuat ke lokasi tempatan dan antarabangsa (Indonesia, Vietnam, Sri Lanka, Thailand) untuk mempelajari kepelbagaian, hartanah dan pengurusan pelbagai tanah tropika.

    Berapakah kos program ini?

    Yuran untuk keseluruhan program ialah RM30,900 untuk rakyat Malaysia dan RM38,250 untuk bukan warganegara Malaysia. Bayaran tersebut termasuk kos untuk lawatan lapangan tempatan dan luar negara.

    Bagaimanakah program ini akan dijalankan?

    Kursus akan dijalankan secara konvensional (kuliah dalam kelas, tutorial, dan sesi praktikal di makmal). Lawatan lapangan akan dibuat ke tapak sekitar Malaysia dan negara jiran untuk mengetahui tentang pelbagai jenis tanah dan pengurusannya. Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantar untuk semua kursus.

    Siapa yang boleh saya hubungi untuk maklumat lanjut?

    Dr. Muhammad Firdaus Sulaiman

    Penyelaras, Program Master Sains Tanah Tropika (MSTT)
    Fakulti Pertanian
    Email: muhdfirdaus@upm.edu.my
    No. Telefon: +603-9769 4121